Sunday, 18 November 2018

Pengalaman sambung Master.

Agak lama jugak saya tidak update blog ini. Syukur kerana diberikan nikmat kehidupan di dunia ini. Dalam proses mendalami lagi ilmu yang dipelajari saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan alhamdullilah telah diijazahkan pada 17/11/2018 (Sabtu) di Universiti Sultan Zainal Abidin pada sidang yang pertama. Dapat jugak la terima daripada Canselor (KDYMM Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu).

Semoga dengan ilmu yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk terus berkongsi kepada lebih ramai lagi orang yang memerlukan diluar sana.

Dikesempatan ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada ibu bapa, isteri, guru , pensyarah dan rakan rakan yang banyak membantu dan menyokong sehinggalah dapat menghabiskan pengajian Master of Business Administration (MBA).

Jika ditanya mengenai pengalaman, ia satu pengalaman yang seronok walaupun stress, stress tu biasa la sebb kita kan tengah belajar. Kami kelas malam dulu, jadi setiap hari jam 6.30 ptg - 10.00 mlm terpaksa ke kelas. 

Nak ceritanya saya pernah gagal di pertengahan jalan sebelum ni ketika sambung master kerana tidak dapat disiplinkan diri, thesis tak siap, tak pandai nak buat, tapi bangkit semula selepas tu, alang alang dah sambung mesti habiskan. Dengan kekuatan orang sekeliling bagi syukur akhirnya dapat bergraduasi juga.  




No comments: