Thursday, 6 August 2015

Melangkah ke Alam Rumah Tangga..

Alhamdullilah, Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana mempermudahkan urusan hamba mu ini ya Allah, tepat 21.2.2015 aku sah menjadi seorang suami kepada seorang sang puteri. Majlis berjalan dalam keadaan yang sangat simple dan kami amat menghargai jasa kawan2 dan sanak saudara yang sama-sama bergotong royong menjayakan majlis kami di kedua belah pihak. 

Jadi sekarang memasuki fasa kedua yang membuatkan diri ini makin memahami erti kehidupan dalam dunia sebenar. Alhamdullillah, lepas kawin terus menjadi FULL TIME agent takaful. 



Betol kata UAI, sebabnya Rancangan Awalnya kawin 30.12.2015 tetapi disebabkan jodoh awal maka tarikh 21.2.2015 dipilih kebetulan dengan cuti hari raya cina * Rombongan sempat rehat sikit sebab perjalanan jauh kan... Terima kasih yg follow rombongan tu eaa. 


Share la sekeping gambar outdoor di Pantai Kok, Langkawi. 
*Ala-ala ommm putih gitu sikit. Cukup jimat sebab set blazer dah ada just beli baju perempuan je.. 



Kawan-kawan dari Sma Marang yang memriahkan majlis sambut menantu di Marang, Terengganu pada 6.6.2015. Thanks u olls sudi hadir. 


* Lambat update.. hehe

No comments: