Friday, 14 August 2015

Jihad Bisnes Takaful

Tidak ada
lautan yang luas,
lurah yang dalam,
bukit yang tinggi, dan
jalan yang susah,
bagi orang yang mahu.!



My Mentor, My Inspiring, My Boss
Agensi Era Bumi 



Ubah Mind Set Untuk Berjaya. 


No Pain, No Gain 


Ramai  Konsultant dah pergi macam2 kursus, dan sesi motivasi tapi still x ley konsisten dalam bidang takaful, sekejap ok, sekejap x ok, pendapatan pula hanya ala kadar sahaja. Bila pendapatan pun ala kadar sahaja, semangat perjuangan pun juga lemah, tindakan menjadi lambat dan tak berkesan. Bidang takaful adalah bidang yang HALAL lagi berkat untuk semua orang membina kejayaan, kekayaan dari rezeki yang halal dan paling diredhai Allah. Ini kerana suatu kerjaya yang kita tolong orang ramai untuk merancang dan mengurus kewangan keluarga. Dalam Islam bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting dalam membentuk keluarga stabil dan bahagia. Bukan membantu semasa hayatnya sahaja bahkan selepas kematian nya juga keluarga meneruskan kehidupan, bantu dunia dan akhirat. Jika berusaha dengan strategi dan pendekatan yang betul pasti berjaya. Sebab - sebab belum tiba masa untuk berjaya.. :- 


1- Tidak Mempunyai Visi @ Matlamat Hidup Yang Jelas. 

tiada matlamat hidup ibarat bangkai yang bernyawa. 

2- Tujuan Hidup Yang Kabur.

Mesti berdiri atas kaki sendiri dan tidak berharap @ bergantung kat orang lain. 

3 - Suka Bertangguh 

Akan terlepas banyak peluang, kerja x menentu, tekanan, stress, kecewa dan rasa bersalah. 

4- Peribadi Negatif

Perlekeh orang lain, bangga diri, memaksa or mendesak.

5- Kurang Tabah

mesti 100% yakin dengan produk takaful dapat bagi manfaat kepada diri, keluarga dan manusia sejagat. 

6- Rasa rendah diri

Penuhkan dada dengan ilmu - "Bad attitude? Flush it & Move On.!!

7- Kurang Semangat Perjuangan

Mesti ada semangat JIHAD, bukan nak kaya semata-mata. Kene ada semangat untuk melihat orang lain juga senang dan terbela dalam membina kehidupan keluarga. Berjaya dunia dan akhirat. 

8- Mencari Jalan Mudah

Buang sikap asal buat or yang penting ada. Kene ada satu sifat untuk menjadi yang paling cemerlang dan terbaik. Tiada short cut, dan buang sifat malas. 

9- Kurang Disiplin Diri.

Kehidupan adalah satu disiplin. Membina disiplin memerlukan latihan seperti seorang atlet walaupun letih or malas, latihan adalah wajib. 

10- Sememang tidak mahu berubah.

Cabar diri sendiri untuk buat sesuatu yang baru.!! Jangan rase selesa dan puas di takuk lama..!!
Jika tidak, hati, minda dan perasaan akan mati.. 

John Burroughs 

"For Anything worth having one must pay the price,and the price is always work, patience, love, self -sacrifice. No paper currency, no promise to pay, but the gold of real service."


Mohammad Ali 

"Champions aren't made in the gyms. Champions are made from something they have deep inside them. A desire , a dream, and a vision"



013 - 418 3682
(SYAHIDIN)

JIHAD BISNES TAKAFUL



*Thanks kepada Tuan Haji Raman Haji Md Yasin kerana banyak mengajar saya dalam bidang takaful. 


Friday, 7 August 2015

Program Percuma.. Indahnya Bisnes Nie..




Free hanya di Maa Takaful 100% tu.. 
"Semua orang Nak berjaya, Tapi Malangnya tak ramai yang berani untuk BERUBAH". 




Inilah saudara Badrul Sani 
Penceramah Hebat.

Peniaga Punya Cerita..

Biasala kerjaya seorang perunding kewangan memerlukan kita kerap berjumpa prospek ataupun sifir mudah untuk memastikan seseorang perunding kewangan mampu menjadi perunding yang hebat adalah seperti berikut :- 

PERKARA ASAS SETIAP MINGGU

30  Panggilan Telefon
10  Temujanji
7 Presentation 
2 Closing 
6 Referral. 


Saya juga mengakui dalam proses membiasakan diri selepas bergelar agent full time ni.. Mungkin bagi permulaan sukar tapi bak kata sifu lama-lama akan menjadi kebiasaan dan tidak merasakan ianya satu kesukaran. Jika ingin berjaya hanya ini sahaja formula yang perlu kita ikut dan patuhi, tiada jalan pintas untuk setiap kejayaan yang kita perolehi.

Ok, berbalik kepada semalam punya cerita. Set appointment dengan sorang kawan yang juga seorang peniaga nasi kukus (Doakan perniagaan beliau terus maju). Lepas tu kami jumpa la lepas asar camtu.. Saya bertanya khabar amacam bisness sekrang ok x..? Dia kata tahun ni agak merudum sikit. Paling ketara yang die kata adalah GST yang dikenakan. Katanya kalau beli sikit-sikit mungkin x perasan, namun bila beli banyak akan terasa, bagi die yg masih baru terkejut lepas kira-kira total GST sahaja dah RM 4,000.00. Nak buat macam mana, nak x nak kene bayar juga.. Masa jual pula letak harga nasi kukus RM 3.50 pembeli minta kurang lagi.. So macam mana.? Hehehe.. Mampuss,. Tu la apa yang jadi hari ni menunjukkan keadaan semakin mendesak.. Tapi apa boleh buat, kita perlu teruskan kehidupan.. Apa yang dapat disimpulkan akhir perbincangan semalam kita jangan jadi semakin susah selepas susah maksudnya kita dah la rasa susah tapi tiada pula rase nak melindungi diri melalui pelan takaful, apabila sakit lagi susah, dah la duit x cukup... Insya Allah lepas ni kawan ambe ni akan sign borang untuk perlindungan diri dan perniagaan yang beliau usahakan. 




Sesi Persembangan di Kedai Kopi.. Hihi
Semoga Jadi Usahawan Hebat Satu Hari Nanti Bro.. 
Sekarang Pun dah ada gaya tu... 




Sanggupkan anda.?
Sanggupkah anda melihat orang yang anda sayang dibebani kesusahan ketika anda ditimpa kesakitan
Jgn cuba bentuk kesusahan kedua jika anda rasa anda susah

SEGALA TERLETAK PADA HATI DAN TANGGUNGJAWAB ANDA

SAYANGKAN DIRI  dan KELUARGA ANDA ATAU PERNIAGAAN ANDA


HUBUNGI SAYA 

013- 418 3682
SENTIASA DISISI ANDA.


Thursday, 6 August 2015

Matlamat & Motivasi Diri..

Apabila menyentuh matlamat, dahulu aku meletakkan matlamat memiliki kereta yang boleh scroll dibawah dan simpan sidikit duit untuk majlis kahwin. Walaupun tahun 2013 masih belum capai kereta impian aku tidak kecewa kerana aku sedang lalui proses yang aku pernah belajar tempoh hari. 
Aku tidak malu untuk menunjukkan bahawa aku hanya mampu pakai viva tetapi ia telah membuatkan aku menggunakan sebuah kereta yang mana sebelum ini aku hanya menggunakan motosikal pinjam sahaja dan selepas itu membeli kereta kancil 2nd hand (gambar x taw duk mana nanti jumpa aku poskan gambar kereta pertamaku ea..hihi.. kancil lagenda.)


Inilah kereta pertamaku yang bukan second hand dibeli pada tahun 2013. Masa usiaku 23 tahun menggunakan hasil sendiri ketika sedang belajar di Universiti. Terima Kasih Ya Allah




Sewaktu Program Training Maa Takaful Tempoh hari, Aku Meminta Izin bosku untuk test drive kereta beliau kebetulan kereta yang dia pakai merupakan kereta impianku jugak.. Fuh.. Best giler.. 

Perbualan dalam kereta bersama bos. 

aku : Best la bawak kete ni cikgu, berapa harga ni cikgu..?

boss : Murah jerk.. dalam RMxxx,xxxx.00 je.. sebulan RMx,xxx.00 je.. 

aku : Mak ai.. Boleh tahan murahnyer.. (sambil senyum telan air liur). 

boss : aku yakin satu hari nanti bila kau sungguh2 buat bisness ni ko boleh dapat punya din.. 

aku : Insya allah cikgu, aminnn.. (sambil terseyum teruja bawak kereta yg gear pun kat stereng, mane pernah jumpa sebelum ni,,)



Yes, slogan kata yang paling tepat.. untuk kita yang masih merangkak dalam industri ini. 
Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat (Misi & Visi)


Yang kedua ni pun sama, jika kita tidak apa yang ingin dicapai hidup or life kita mesti akan rase sia-sia dan kosong sahaja. Mulakan sesuatu perjalanan dengan melihat apa yang mahu dicapai di penghujung jalan.. Kalau x, jgn jalan.. dok je situ senang,, 



Last sekali untuk entry kali ni.. Saya nak tanya anda semua, berapa banyak anda peruntukkan untuk sesuatu yang tidak pernah anda jangka dalam perjalanan anda mencapai matlamat dan impian.?

Jika berlaku perkara tidak diduga.. 



Kemalangan

SEBARANG BANTUAN SILA HUBUNGI 
013 - 418 3682
PERUNDING KEWANGAN ANDA



* Target juga mesti renew setiap tahun ea.. Jgn biar jerk berkarat kat situ.. hihi. 

Perlu Fokus Kepada Satu Sahaja..

Pengakuan yang jujur dan ikhlas ni.. hihi. Kepada mereka yang ada diluar sana dan masih baru dalam dunia perniagaan ni sy sarankan supaya anda fokus dalam satu perkara sahaja jika betol anda ingin berjaya dalam bidang tersebut. Sebab ini telah berlaku kepada saya, bermula tahun 2010 saya telah mula berbisness tapi macam-macam saya buat sebab saya nampak semua boleh maju dan sepanjang tempoh itu juga saya masih mengikuti pembelajaran peringkat diploma dan ijazah di UniSZA. Pada saat ini, tahun 2015 saya mula menyedari saya tiada branding diri kerana dulu saya terlibat dengan banyak perniagaan antaranya kedai runcit, kedai komputer, perniagaan travel, dan penternakan ayam. Namun, semua itu hanya bersifat sementara kerana saya fikir semua itu part time sahaja. Semua perniagaan itu ditutup, sekarang apa yang ada di dalam hati saya adalah akan terus menyebarkan kebaikan takaful untuk kepentingan perniagaan dan individu. Kerana saya yakin bahawa dengan cara ini sahaja saya mampu untuk menolong masyarakat dan rakyat Malaysia dan saya perlu fokus kepada kerjaya ini. Kata kunci disini, walau apa pun kita buat kita mestilah fokus untuk kita mempunyai brand dan gapai kejayaan yang tertinggi dalam industri tersebut.. 




Fokusssss.. Demi kebaikan dan keperluan ummah sejagat. Apabila keluar sahaja dari Universiti peringkat ijazah kerjaya utama saya agent takaful atau bahasa lain perunding kewangan atau omm putih nya financial advisor. Ramai yang tanya ko x minta kerja ka dah ada ijazah tapi minat saya dalam takaful. Insya Allah menjadi kunci kejayaan saya. Amin. Fokus kepada apa yang kita niat dan target, makin mudah kita untuk mencapai kejayaan tersebut. 




Ramai org tanya saya. Kenapa Mu pilih MAA TAKAFUL. Xpilih syarikat multinaional lain, Sepanjang saya berada di Maa Takaful tiada masalah claim dan komplain daripada pelanggan dan saya beruntung kerana bernaung di bawah agensi bumiputra terbesar AGENSI ERA BUMI, dan merupakan No.1 Agency Company serta No.1 Takaful Product. Apa yang paling penting customer dapat yang terbaik dengan bayaran yang berbaloi. We do what is Right



Pelbagai Product di Maa Takaful ditawarkan untuk para pelanggan. 
The killer product MEDICA 2015. 20% DISKAUN TAHUN KE DUA JIKA TIDAK MENGALAMI SAKIT PADA TAHUN PERTAMA.

CTH : - TAHUN PERTAMA BAYAR RM 1,000.00
            TAHUN KEDUA BAYAR       RM 800.00


JUST WHTUP ME SYAHIDIN 
013 - 418 3682
AGENT TAKAFUL ANDA


* Thanks Maa Takaful

Melangkah ke Alam Rumah Tangga..

Alhamdullilah, Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana mempermudahkan urusan hamba mu ini ya Allah, tepat 21.2.2015 aku sah menjadi seorang suami kepada seorang sang puteri. Majlis berjalan dalam keadaan yang sangat simple dan kami amat menghargai jasa kawan2 dan sanak saudara yang sama-sama bergotong royong menjayakan majlis kami di kedua belah pihak. 

Jadi sekarang memasuki fasa kedua yang membuatkan diri ini makin memahami erti kehidupan dalam dunia sebenar. Alhamdullillah, lepas kawin terus menjadi FULL TIME agent takaful. 



Betol kata UAI, sebabnya Rancangan Awalnya kawin 30.12.2015 tetapi disebabkan jodoh awal maka tarikh 21.2.2015 dipilih kebetulan dengan cuti hari raya cina * Rombongan sempat rehat sikit sebab perjalanan jauh kan... Terima kasih yg follow rombongan tu eaa. 


Share la sekeping gambar outdoor di Pantai Kok, Langkawi. 
*Ala-ala ommm putih gitu sikit. Cukup jimat sebab set blazer dah ada just beli baju perempuan je.. 



Kawan-kawan dari Sma Marang yang memriahkan majlis sambut menantu di Marang, Terengganu pada 6.6.2015. Thanks u olls sudi hadir. 


* Lambat update.. hehe

Pulang ke Pangkal Jalan.. Hehehe

Wah, lama giler tinggal blog ni.. Baru terjumpa balik kot.. Pulang ke pangkal jalan..
Update mengenai diri, sekarang ni Alhamdullillah, full time agent di Maa Takaful...
Nanti saya akan update apa-apa berkenaan Maa Takaful dan kehidupan seorang agent takaful..
Baru setahun jagung pun x sampai lagi ni jadi full time dalam bidang ini..

Baru selesai menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Risk Management & Takaful) dari UniSZA. Insya Allah konvo bulan 10 ni..

Ok, nanti sambung balik ea..
Appointment pukul 5 ptg di kedai hardware...

Never Give Up to Help People,