Thursday, 3 September 2015

Takaful Tak Guna & Penipu..?? Yer ka...

Takaful yang di datangkan dalam konsep yang islamik menjadi penipu..? Kalau insurance x per jugak.. Time mula2 nak masuk menyertai dengan niat sumbangan bagi membantu orang lain dan diri sendiri jugak apabila ditimpa musibah kelak. Alih2, time nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar dan sebenarnya ia telah memburukkan industri takaful yang mulia ini. Pada tahun 1985, Majlis Ulama Dunia meluluskan perniagaan takaful sebagai satu prinsip kerjasama dan saling bantu membantu semasa manusia mengikut acuan islam. Perkara ini lebih teruk lagi apabila saya memperkenalkan diri saya sebagai agent takaful pada awal pembabitan saya dahulu. 


Namun begitu, kini lamdulillah, walaupun masih ada lagi yang mempunyai persepsi sebegini telah ia telah berubah sedikit demi sedikit. Mengikut kajian PROF. MADYA HAJAH YON BAHIAH WAN ARIS , SITI ZALEHA SAHAK dan NORSHAHIDA SHAADAN yang bertajuk BUMIPUTRA CONSUMERS' PERCEPTIONS ON BUYING TAKAFUL menyatakan bahawa hanya 15% sahaja populasi bumiputera yang memiliki polisi pada tahun 2005. Dan syukur, menurut berita harian pada 31 Mac 2014 telah melonjak kepada 29.9% sehingga tahun 2012. Generasi muda hari ini semakin celik dan merasai kepentingan perlunya takaful hari ini. 

Mengikut kepada pengalaman lepas, memang perkara seperti tidak boleh claim dan sebagainya berlaku. Kebanyakkan orang kita terus meletakkan persepsi buruk buruk terhadap institusi takaful ini dan mereka merasakan mereka telah ditipu hidup-hidup dan memang tidak akan mempercayai lagi institusi takaful ini.  

Jesteru itu, suka melalui blog saya ini untuk saya share kenapa dan bagaimanakah perkara ini sering terjadi dan para pelanggan tidak mendapat hak untuk membuat tuntutan yang diluluskan oleh pihak syarikat takaful. Antara sebabnya adalah :- 

1. Policy Lapsed (POLISI TELAH DITAMATKAN).
Policy lapsed ini dengan perkataan mudahnya adalah, policy telah tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun syarikat takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat takaful tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan dan perkara yang lebih utama adalah anda perlu senantiasa berhubung dengan konsultant takaful anda bagi memastikan perkara ini tidak berlaku. 

2. Manfaat tiada didalam jadual policy 

Ramai yang menyangkakan bahawa, apabila mereka ada policy takaful, mereka dengar agent cakap, "Semua Dah Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat takaful tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh takaful penipu atau konsultant takaful penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Takaful Life (Hayat) termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya beli sekali dah aritu"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya dah dilindungi, saya x perlu risau dah. Jadi saya nak beri tips kepada para pelanggan sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD" macam ini. : -


MEDICAL CARD 
UNLIMITED COVERAGE (TIADA HAD)

So, jika konsultant cakap masuk hospital dapat claim itu sebenarnya tidak jelas.Adakah bil rawatan, adakah dapat elaun.? Bila masuk hospital dan bermalam di policy biasa adalah dapat elaun sahaja berdasarkan kiraan hari kita bermalam di hospital. Tetapi jika kita akan diberikan kemudahan cashless card dan rawatan di hospital pakar swasta yang tidak perlu menunggu lama ini menunjukkan bahawa ia adalah medical card. Paling teruk apabila tiada penjelasan yang betul dan pelanggan mendapatkan rawatan di hospital pakar, selesainya kita perlu menanggung bil sendiri. 

Sesetengah policy ada yang menyatakan bahawa akan membayar bil rawatan tetapi jika tiada medical card bermaksud anda perlu mengeluarkan duit poket sendiri terlebih dahulu. Selepas itu baru lah membuat tuntutan dengan syarikat takaful. Kalau bil RM 200 - RM 400 ok la lagi.. tapi jika bil mencecah RM 20 - 50 ribu, mana nak cekau duitnya dalam masa terdekat. Lepas tu mungkin adalah hamba Allah tolong bagi pinjam duitnya, tapi urusan selepas tu, macam-macam kene urus dengan ambil medical report, pergi ke syarikat takaful, follow up dan sebagainya. Tidakkan hanya membazir masa dan tenaga sahaja. Jika dan ada medical card hanya direct terus pihak takaful akan bayar kepada pihak hospital. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Final conclusion, tengok betul-betul dan satu-satu bermula daripada konsultant takaful tu mula promosi kepada anda duhai pelanggan, jangan main sapu jerk, jangan cepat percaya. Jika tiada dalam tertulis polisi, tiada la perlindungan untuk perkara tersebut. 

3. Konsultant Kewangan/ takaful anda

Tanggungjawab sebagai seorang konsultant takaful yang bertauliah juga perlu ditekankan kerana jika anda mengambil kira kerjaya ini sebagai ala kadar, perkara dituduh penipu mesti berlaku dan seorang konsultant takaful hendaklah mempunyai ilmu yang secukupnya dan menerangkan perkara yang sebetulnya kepada bakal pelanggan. Jangan hanya fikir nak komisyen sahaja menyebabkan pelanggan joint takaful last2 macam-macam tak boleh claim kerana pengalaman saya jumpa ramai yang cakap konsultant penipu disebabkan penerangan yang diberikan tidak jelas dan kabur. 

4. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"
Contoh, ahamd telah menjalani rawatan membuang batu karang dan sekarang telah sembuh seperti biasa dan ingin mengambil polisi takaful. Pihak underwriting syarikat takaful akan membuat keputusan sama ada ingin menerima ahmad atau tidak. Jika terima besar kemungkinan jika berulang kembali penyakit batu karang ia tidak akan dilindungi atau dikenakan bayaran extra. Tetapi bagi individu sihat tiada masalah dengan specific exclusion. 

5. Non-Disclosure

Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatakan/ tidak declare didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

6. Waiting period (tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya perlindungan penyakit kritikal dan kad perubatan. 


Tips untuk para pelanggan sekalian. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit kritikal sebanyak 46 jenis dan kad perubatan adalah 120 hari.

- jika dah mampu dan sihat terus ambil takaful untuk perlindungan diri kita kerana perlu ada masa menunggu, jika penyakit dikesan sebelum cukup 120 hari ia tidak dilindungi -- jgn marah syarikat takaful. 

- tindakan yang dibuat hari ini menentukan hasil hari esok. Sihat sebelum sakit.

HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK FREE KONSULTANSI

013 - 418 3682
(DIN)

m.norsyahidin@gmail.com