Salam selamat untuk semua. Baru-baru ini memang saya menghilangkan diri untuk seketika.. Dan disaat itu juga saya terpaksa melepaskan jawatan pengerusi Koperasi Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin kepada pemangku saya iaitu saudara Hafiz. Oleh kerana saya perlu fokus kepada industri takaful dan juga membina industri telekomunikasi kampus. Akhirnya metlamat saya untuk dua benda tersebut telah dikira hampir tercapai dimana saya sudah mempunyai 5 orang consultant untuk sama bekerja dan sekarang tengah berusaha untuk dinaiikkan pangkat kepada Eksekutif Consultant (EC). Masing-masing sudah menunjukkan peningkatan (active growth) dan saya akan terus berusaha kearah menjadi EC yang cemerlang. Sekarang sudah memasuki tahap dua dalam industri ini namun saya tidak boleh mengabaikan tanggungjawab asas iaitu sebagai seorang mahasiswa dalam bidang pengurusan risiko dan takaful unisza. Insya-Allah jika itu yang kita inginkan dan itu yang kita niatkan kita akan dapat capai dengan syarat kita berusaha dan selepas itu bertawakkal. Matlamat yang pertama iaitu ingin memiliki kereta dan galaxy tab sudah tercapai dengan duit sendiri. Kegunaan galaxy tab yang baru dibeli minggu lepas adalah kearah untuk menjadi seorang EC yang profesional. Bukan sebagaimana mula masuk di dalam bidang ini saya hanya menggunakan fail kertas biasa untuk membentangkan "Badal Haji dan Kebajikan" kepada para pelanggan. Mengenai industri telekomunikasi saya telah menyiapkan kertas kerja berkaitan dan sudah "DEAL" dengan pihak CELCOM dan PUNB. Insya-AllAh siap sahaja student mall fasa 2 nanti saya akan mula berurusniaga. Semoga perniagaan ini kekal untuk selamanya walaupun saya sudah bergelar alumni suatu ketika nanti. Selain itu juga, mudah-mudahan dalam masa terdekat saya boleh buat pinjaman untuk membeli rumah "Double Story" sebagai satu property kukuh yang dapat dijana sementara saya masih lagi berhelar seorang mahasiswa. Amin.